Make your own free website on Tripod.com

 

Hubungan mol dengan bilangan Zarah

mol dengan  atom
mol dengan molekul
mol dengan ion

 

Mol kepada atom

 

Eksperimen yang dijalankan oleh ahli sains mendapati  12.01 g karbon mengandungi 6.02 x 1023 atom karbon.                                                                                                                                                                              

Oleh oleh itu jisim satu mol sesuatu bahan dalam gram mengandungi 6.02x1023 atom bahan tersebut.

ŏ         1 mol karbon mengandungi 6.02x1023 atom karbon

ŏ         1 mol kuprum mengandung 6.02x1023 atam kuprum

ŏ         1 mol argentum mendandungi 6.02x1023 atom argentum

Bilangan atom = bilangan mol  x  6.02x1023

Contoh:

0.5 mol kuprum mengandungi 0.5 X 6.02x1023 atom kuprum

0.25 mol argentum mengandungi 0.25 X 6.02x1023 atom argentum

Contoh soalan

1. Berapakah bilangan atom yang terkandung dalam 0.75 mol H?

Penyelesaian

1). mol  H mengandungi 6.02x1023 atom H

maka 0.25 mol H mengandungi 0.25 X 6.02x1023 atom H

2). 7.9 juta atom karbon atom mewakili berapa mol atom karbon?                                      

Penyelesaian

6.02x1023 atom karbon  mewakili 1 mol karbon

maka 7.9 X 106 atom karbon mewakili 7.9 X 106   X  1 mol    

                                                                                   6.02 X 1023    

 

 

 

Mol kepada molekul

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

atas

 

Molekul terdiri daripada gabungan dua atau lebih atom

Contoh:

ŏ         Satu molekul H2 terdiri daripada dua atom hidrogen yang bergabung membentuk satu molekul H2 (lihat contoh)

ŏ         Satu molekul H2O terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung membentuk satu molekul H2O (lihat contoh)

ŏ         Satu molekul NH3 terdiri daripada satu atom nitogen dan tiga atom hidrogen yang bergabung membentuk satu molekul NH3 (lihat contoh)

Bilangan molekul = bilangan mol  x 6.02x1023

Bilangan atom = bilangan mol  x 6.02x1023 X bilangan atom yang membentuk molekul

Contoh :

1).1 mol gas ammonia mengandungi 6.02x1023 X 4 atom  semuanya.

2). 1 mol air air mengandungi 6.02x1023 X 3 atom semuanya

3). 1 mol gas oksigen mengandungi 6.02x1023 X 2 atom semuanya

 

 

 

Mol kepada ion

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

atas

 

Sebatian ion terdiri daripada ion ion (Ion + dan ion - )

Contoh:

ŏ         1 mol sebatian NaCl mengandungi 1 mol ion Na+ dan I mol ion Cl-

ŏ         1 mol mol sebatian ZnCl2 mengandungi 1 mol ion Zn2+ dan 2 mol ion Cl-

ŏ        1 mol sebatian Na2 SO4 mengandungi 2 mol ion Na+ dan 1 mol ion SO42-

Bilangan ion = bilangan mol  ion positif x 6.02x1023 + bilangan mol ion negatif  X  6.02x1023

Bilangan ion =( bilangan mol  ion positif  + bilangan mol ion negatif ) X  6.02x1023

Contoh soalan :

1). Berpakah bilangan ion Ag+ dan bilangan mol ion NO3-  yang terdapat dalam 1 mol sebatian AgNO3  

 Penyelesaian

Bilangan mol ion Ag+  = 1mol X 6.02 X 1023