Make your own free website on Tripod.com

Maksud mol

Seorang peniaga kehendak menghantar 60 biji telur ayam gred A kepada pelanggannya. Peniaga tersebut membungkus telur tersebut dalam 5 bungkusan yang setiap satu bungkusan mengandungi 12 biji telur ayam.  

 12 biji telur ayam = 1  dozen 

maka satu dozen bilanganya 12

Tidak kira apa jenis bahanpun, bilangannya tetap sama jika dinyatakan dalam dozen.

contoh,

1 dozen telur ayam = 12 biji telur ayam

1 dozen cawan = 12 biji cawan

1 dozen pensil = 12 batang pensil

Dalam bidang kimia, ahli kimia tidak menggunakan dozen tetapi menggunakan mol. Perkataan mol membawa maksud himpunan atau longgokan . Mol merupakan unit suatu amaun dalam bidang kimia. Jadi , Mol merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan amaun tertentu bahan kimia ! 

   1 mol  =  602 000 000 000 000 000 000 000  

                                                           = 6.02 X 1023

1 mol ialah kuantiti bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.01 g karbon-12